Site icon TechNave BM

Anda mungkin boleh mengecas telefon pintar anda dengan durian di masa hadapan – Dikaji oleh saintis!

Kami percaya ada individu dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak gemar akan durian, terutama dari segi baunya. Namun, semestinya kita berbangga kerana durian merupakan salah satu daya penarik untuk sektor pelancongan Malaysia!

Terkini, buah berduri yang digelar Raja Buah ini dikatakan mengandungi tenaga untuk mempercepatkan pengecasan elektrik, berupaya untuk mengecas sama ada telefon pintar atau kereta elektrik anda! Bunyinya agak tidak masuk akal, tetapi bagaimana ini boleh terjadi?

Seorang professor di University of Sydney, Vincent G. Gomes mengarang bersama sebuah kertas saintifik yang menerangkan proses mengeluarkan bahan buangan bio durian dan nangka (dinamakan Aerogel) untuk menukarkan ia kepada superkapasitor dengan ketumpatan tenaga yang tinggi.

Apa pun, anda dilarang mencuba menyambungkan kabel USB anda ke buah durian atau buah nangka untuk mengecas peranti anda. Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi aneh terkini!

Sumber: ScienceDirect melalui asiaone

Exit mobile version