Site icon TechNave BM

Anda mungkin tidak boleh hantar mesej dan buat panggilan WhatsApp bermula 15 Mei

Sejak awal tahun lagi, perkhidmatan permesejan WhatsApp dilanda kontroversi berikutan polisi privasi baru yang dijadualkan untuk berkuat kuasa bermula hari Sabtu, 15 Mei. Polisi tersebut membenarkan data daripada WhatsApp untuk dikongsi dengan semua perkhidmatan yang dimiliki oleh Facebook. Jika pengguna enggan bersetuju dengan polisi ini, akaun mereka akan dipadam.

Walau bagaimanapun, WhatsApp kini mengesahkan bahawa semua akaun pengguna tidak akan dipadam bermula 15 Mei. Walau bagaimanapun, WhatsApp akan terus memberi peringatan (notification) kepada pengguna untuk menyemak semula polisi tersebut dan menerimanya.

Jika pengguna masih belum mendapat kemas kini polisi tersebut, WhatsApp akan terus menghantar peringatan kepada mereka. Jika pengguna tidak bersetuju dengan polisi itu, mereka tidak dapat mengakses senarai mesej dalam WhatsApp, namun masih boleh membuat panggilan telefon dan video.

Kenyataan daripada blog rasmi WhatsApp

Jika pengguna masih tidak menerima kemas kini selepas beberapa minggu, mereka tidak lagi boleh menerima, menghantar atau membuat panggilan telefon dalam WhatsApp. Walau bagaimanapun, akaun pengguna tidak akan dipadam oleh WhatsApp walaupun jika mereka tidak akur dengan kemas kini tersebut.

Adakah anda bersetuju dengan langkah oleh WhatsApp ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WhatsApp FAQ

Exit mobile version