Site icon TechNave BM

Anda perlu lalui ‘thermal screening’ untuk ujian suhu badan sebelum daftar masuk di KLIA

Berikutan penularan pandemik COVID-19, perkhidmatan penerbangan masih tetap diteruskan, tetapi dengan beberapa langkah kawalan. Langkah kawalan ini termasuklah ujian pengesanan haba sebelum penumpang mendaftar masuk penerbangan mereka.

Teknologi ‘thermal scanner’ ini sudah digunakan sejak daripada kemunculan penularan COVID-19. Untuk yang masih tidak tahu, rakyat Malaysia disekat untuk semua perjalanan ke luar negara, seperti yang tertulis pada Kawalan Pergerakan Kedua. KLIA melalui laman Twitter mengemaskini keadaan semasa ‘thermal screening’ di lapangan terbang KLIA.

Kami mengambil peluang ini untuk memohon agar anda mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dijadualkan sehingga 31 Mac ini. Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Laman Twitter Malaysia Airports

Exit mobile version