Site icon TechNave BM

Anda tidak boleh hantar mesej melalui WhatsApp jika tidak setuju dengan polisi privasi baru

Awal tahun ini, WhatsApp telah menimbulkan kontroversi berikutan polisi privasi baru yang akan berkongsi data penggunanya dengan syarikat di bawah naungan Facebook. WhatsApp kemudian menangguhkan pelaksanaan polisi baru itu ke 15 Mei namun kini maklumat terbaru daripada WhatsApp mungkin akan membimbangkan pengguna.

Jika anda tidak bersetuju dengan polisi privasi yang akan diperkenalkan pada 15 Mei nanti, anda tidak mempunyai akses penuh terhadap WhatsApp. Anda tidak boleh menghantar atau menerima mesej namun panggilan telefon masih boleh dibuat.

WhatsApp tidak akan membuang akaun anda, namun penggunaan anda akan dihadkan. Perlu dinyatakan bahawa perubahan polisi privasi ini hanya akan mempengaruhi mereka yang menggunakan WhatsApp untuk tujuan perniagaan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WhatsApp

Exit mobile version