Site icon TechNave BM

Anda tidak perlu isi Pas Pengembara dalam MySejahtera jika pulang dari luar negara

Bermula 4 Julai 2022 (esok), warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara tidak perlu lagi mengisi ciri-ciri (feature) Pas Pengembara (Traveller’s Pass) dalam aplikasi MySejahtera. Pemansuhan fungsi ini bertujuan untuk memudahkan warganegara kita kembali ke Malaysia.

Buat masa ini, pemansuhan Pas Pengembara hanya terpakai pada warganegara Malaysia sahaja. Pemansuhan ini akan dilakukan secara berperingkat untuk beri kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan warganegara luar seperti pemegang-pemegang pas sosial, pas pelajar dan penduduk tetap pada masa depan.

Buat warganegara luar, mereka masih perlu melengkapkan Pas Pengembara dalam MySejahtera sebelum memasuki Malaysia. Ini adalah bagi membantu pemantauan kes-kes COVID-19 di kalangan pengembara luar, selain untuk pemantauan terhadap penyakit berjangkit seperti cacar monyet.

Pemansuhan ini juga diambil selepas sistem kesihatan negara kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook KKM

Exit mobile version