Site icon TechNave BM

Anda tidak perlu lagi keluar berseorangan jika ingin membeli barang keperluan sewaktu PKP

Bermula hari ini, anda boleh pergi membeli barang keperluan di pasar raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama dengan seorang lagi ahli keluarga untuk membantu anda.

Namun anda dan ahli keluarga anda hanya boleh keluar dalam lingkungan 10 kilometer daripada rumah untuk membeli barang keperluan seperti makanan, ubat-ubatan, keperluan harian dan lain-lain barang penting dalam lingkungan tersebut.

Perkembangan ini berikutan pemindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang telah pun diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Penguat kuasaan Akta ini akan berlanjutan sehingga tarikh tamat PKP yang terkini iaitu 12 Mei.

Beritahu kami di Facebook jika ini sesuatu yang membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version