Site icon TechNave BM

Android 10 bakal hadir di ASUS ROG Phone 2 dalam masa yang terdekat!

Baru-baru ini ASUS telah mengongsikan berita melalui akaun Twitter ROG tentang ROG Phone 2 yang bakal menerima Android 10 dalam masa yang terdekat. Namun, ciapan (tweet) itu tidak menyatakan tarikh rasmi kemas kini yang dinanti-nantikan orang ramai ini atau negara mana yang bakal tersedia dengan kemas kini ini.

Malangnya, ASUS memadam ciapan berkenaan dan tidak mengongsikan apa-apa ciapan lain mengenainya selepas itu. Oleh itu, berita ini semestinya hanya khabar angin dan bukan sesuatu yang pasti dek kerana tiada pernyataan rasmi yang menyusuli pemadaman perkongsian itu.

Adakah anda sedang menanti kemas kini Android 10 ke ASUS ROG Phone 2 kepunyaan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version