Site icon TechNave BM

Android 11 akan benarkan pengguna untuk merakam video lebih besar daripada 4GB

Dengan kehadiran video yang beresolusi besar seperti 4K dan 8K, rakaman video tersebut akan mengambil ruang yang lebih banyak dalam memori telefon pintar. Buat masa ini, Android mengehadkan saiz fail rakaman kepada 4GB sahaja. Ia bukanlah masalah yang besar jika merakam dalam 720p atau 1080p, namun jika merakam dalam 4K, had tersebut akan dicapai dalam masa yang amat singkat.

Dalam Android 11 versi Beta, kini had 4GB tersebut telah pun dibuang dan pengguna boleh merakam dengan saiz fail yang lebih besar. Walau bagaimanapun, buat masa ini ciri tersebut hanya boleh diakses melalui beberapa aplikasi sahaja seperti Open Camera.

Aplikasi Google Camera masih mengehadkan saiz rakaman di bawah 4GB. Dalam Android versi terkini, sebarang rakaman yang melebihi 4GB akan dipisahkan kepada beberapa fail yang mempunyai saiz 4GB setiap satu.

Tentunya ini adalah satu ciri yang dialu-alukan oleh penggiat fotografi dan videografi telefon pintar. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Police

Exit mobile version