Site icon TechNave BM

Android 11 kini tiba, ini peranti awal yang dapat menikmatinya dahulu

Terkini, Android 11 telah tiba di permukaan dunia telefon pintar dan telah mula menjengah beberapa barisan telefon pintar yang paling awal menyokongnya. Android 11 dilihat mempunyai pelbagai ciri teknologi yang dinaik taraf walaupun rekaannya tidak memperlihatkan perbezaan yang besar.

Berdasarkan sumber, antara peranti yang boleh mula menikmati kemas kini Android 11 dan status Android 11 yang bakal diterima adalah seperti di bawah.

Peranti yang akan menerima Android 11 pada 8 September 2020:

Peranti yang akan menerima Android 11 pada 5 Ogos 2020 (Samsung) dan 21 Ogos 2020 (ASUS):

Untuk pengetahuan anda, status Android 11 yang stabil sepenuhnya hanya pada peranti Google Pixel. Setakat artikel ini ditulis, peranti-peranti lain sudah mula menerima Android 11, tetapi berdasarkan status Beta seperti yang anda lihat pada senarai di atas.

Apa pun, usah khuatir kerana Android 11 yang stabil bakal hadir untuk peranti-peranti di atas dalam waktu yang terdekat. Nantikan perkongsian mengenai ciri kemas kini menarik dalam Android 11 melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version