Site icon TechNave BM

Android 11 untuk realme (realme UI 2.0) bakal tiba pada 21 September ini

Baru-baru ini, Google telah melancarkan Android 11 yang stabil secara rasmi, namun bergantung kepada jenama telefon pintar tertentu. Selepas OPPO, realme kini bakal mengumumkan realme UI 2.0 melalui sebuah acara pelancaran telefon pintar realme Narzo baharu di India pada 21 September ini.

Untuk pengetahuan anda, realme UI 2.0 ini adalah berasaskan Android 11. Walaupun setakat ini kami masih ketiadaan maklumat tentang peranti realme yang akan menyokong realme UI 2.0, namun kami ada memaklumkan mengenai peranti pertama dari realme, realme X50 Pro yang telah mendapat kemas kini realme UI Android 11 Preview (realme UI 2.0 Beta).

Maklumat lanjut mengenai hal ini akan diperoleh melalui pelancarannya pada 21 September ini. Apa pun, mungkin ianya tidak banyak berbeza dengan ColorOS 7.

Adakah anda pengguna realme? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai Android 11 dan cirinya.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version