Site icon TechNave BM

Android 12 mungkin akan mula ditawarkan pada 4 Oktober 2021

Pada bulan Mei lalu, Google telah mengumumkan sistem operasi telefon pintar Android 12 yang menawarkan pelbagai fungsi baru menarik. Kini, tarikh sistem itu untuk diberikan kepada pengguna awam mungkin telah tertiris.

Menurut ketua penyunting XDA Developers, Mishaal Rahman, Android 12 mungkin akan dilancar dalam versi Android Open Source Project (AOSP) pada 4 Oktober 2021. Sebelum ini, Google selalunya akan menawarkan kemas kini untuk Android terbaharu serentak bersama versi AOSP.

Rahman mengatakan perkara yang sama bakal berlaku untuk Android 12. Selain itu, ini juga adalah petanda untuk pelancaran telefon pintar Google Pixel 6 yang hampir dengan tarikh 4 Oktober. Ini adalah kerana telefon Pixel biasanya dilancarkan bersama versi Android terbaru.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna telefon Android anda akan menerima Android 12 pada 4 Oktober. Syarikat telefon pintar biasanya memerlukan beberapa bulan lagi untuk mengubah suai sistem tersebut untuk disesuaikan dengan peranti mereka.

Sebagai contoh, Samsung memperkenalkan Android 11 untuk peranti-perantinya pada bulan Disember 2020, tiga bulan selepas Google melancarkan sistem operasi itu.

Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan Android 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version