Site icon TechNave BM

Android 12 mungkin boleh dikemas kini hanya melalui Google Play Store sahaja

Jika urusan mengemaskini perisian sebelum ini terasa agak menjengkelkan, mungkin ia akan bakal lebih mudah pada masa hadapan. Ahli XDA Developers mendedahkan bahawa kemas kini Android di masa hadapan mungkin boleh dilakukan melalui Google Play Store.

Menurut sumber, Google melancarkan Project Mainline yang dilapor sebagai salah satu inisiatif untuk memudahkan kemas kini Android selain daripada melalui OTA. Ahli dalam laman XDA menemui bukti bahawa Google menukar sistem Android Runtime (ART) ke modul Mainline yang membenarkan kemas kini dilakukan melalui Play Store.

Walau bagaimanapun, perubahan kepada modul Mainline mungkin juga membawa kesan buruk kepada peranti atau aplikasi. Menurut XDA, Mainline mampu mengurangkan kebergantungan Google pada OEM untuk memberi kemas kini sekuriti kepada komponen OS utama. Anda boleh melihat apa yang diperkatakan XDA selebihnya di laman rasmi XDA.

Apa pun, kita perlu menunggu maklumat yang rasmi dari pihak Google mengenai Android 12 ini. Apakah pendapat anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version