Site icon TechNave BM

Android 13 dilancar secara rasmi, Google Pixel terawal terima kemas kini

Tanpa sebarang notis, Google memberi kejutan kepada pengguna Pixel siri Pixel 4, 4a, 5, 5a dan 6 dengan versi stabil pertama Android 13 yang dilancarkan secara rasmi. Android 12 mula diperkenalkan pada awal Oktober tahun lalu manakala Android 13 dilancarkan hari ini.

Google berjanji bahawa pengeluar pihak ketiga termasuk Samsung, Xiaomi, iQOO, Moto, OnePlus, OPPO, realme, vivo, Transsion, Asus, Sharp, Nokia, Sony dan lain-lain juga akan mendapat kemas kini oerisian peranti mereka lewat tahun ini.

Harus diingatkan bahawa anda tidak boleh turunkan sistem operasi kepada versi Android 12 jika anda menggunakan Pixel 6, Pixel6 Pro dan Pixel 6a. Oleh kerana ia dilengkapi dengan cipset Tensor yang dibangunkan sendiri, versi rasmi Android 13 akan dikemas kini bersama-sama dengan Bootloader.

Walau bagaimanapun, Pixel 6 yang mengambil bahagian dalam projek Android Beta iaitu menggunakan versi beta Android 13 tidak akan terjejas. Jika anda keluar daripada Beta, anda boleh kembali ke Android 12. Mengenai perkara utama Android 13, terdapata peningkatan utama termasuk privasi, keselamatan dan mengoptimumkan kelancaran skrin, skrin lipat dan telefon memori kecil.

Ciri baharu termasuk tema dan UI dipercantikkan oleh ciri Material You. Ia membolehkan anda menetapkan bahasa pilihan untuk setiap aplikasi secara individu, mod gaming, sokongan Bluetooth 5, audio spatial, imbasan pantas kod QR pada skrin kunci dan lain-lain.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: My Drivers

Exit mobile version