Site icon TechNave BM

Android 13 mungkin gunakan format sistem fail HUAWEI EROFS untuk penjimatan ruang

Kali ini, terdapat laporan mengatakan bahawa sistem Android 13 akan mula menggunakan format sistem fail HUAWEI EROFS yang membantu menjimatkan ruang pada peranti.

EROFS iaitu Enhanced Read-Only File System telah dicipta oleh Xiang Gao bagi pihak HUAWEI beberapa tahun yang lalu. Peranti yang menggunakan EROFS mampu menjimatkan ruang sehingga 800MB dan boleh mengurangkan saiz kemas kini OTA. 

Berdasarkan kertas penyelidikan yang diterbitkan oleh Xiang Gao dan penyelidik lain menyatakan bahawa EROFS boleh mengurangkan masa but (boot times) “aplikasi dunia sebenar” sehingga 22.9%.

Mishaal Rahman dari Esper.io telah menemui ciri tersebut dan mendedahkan pelbagai komitmen sejak beberapa bulan lalu merujuk kepada perubahan itu. Jika ia dilaksanakan, pembangun perlu menggunakan format sistem fail EROFS untuk sekatan baca sahaja. Mereka yang gagal memenuhi keperluan akan dihadkan daripada mengakses perkhidmatan Google termasuk Play Store.

Android Police menjangkakan perubahan ini dapat dilihat dalam dokumen Definisi Keserasian Android (Android Compatibility Definition). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version