Site icon TechNave BM

Anime Spirited Away dan lain-lain daripada Studio Ghibli kini ditayangkan di Netflix Malaysia

Netflix merupakan salah satu platform tontonan kegemaran rakyat Malaysia. Dengan penambahan pelbagai filem dalam pelbagai genre, Netflix masih berusaha untuk memantapkan lagi pengalaman tontonan yang memuaskan pengguna.

Mulai hari ini, Netflix mengumumkan bahawa 21 filem daripada Studio Ghibli bakal ditayangkan secara global (kecuali AS, Kanada dan Jepun) melalui kolaborasi bersama Wild Bunch International.

Untuk memudahkan tontonan anime ini, Netflix menyediakan sari kata untuk 28 bahasa dan alih suara sehingga 20 bahasa. Sekaligus, peminat anime dari negara lain termasuk Malaysia dapat menonton anime kegemaran seperti Spirited Away, Princess Mononoke, Arrietty, Kiki’s Delivery Service dan sebagainya.

Berikut merupakan jadual filem mula dipertontonkan melalui Netflix:

Adakah anda salah seorang peminat anime-anime di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita Netflix terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version