Site icon TechNave BM

Annuar Musa: 1,000 sekolah akan terima rangkaian 5G

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memilih 1,000 sekolah di seluruh negara untuk menerima rangkaian komunikasi 5G bagi membantu pembelajaran dan pengurusannya.

Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa, berkata kementerian itu sudah berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi menubuhkan rangkaian 5G di pelbagai sekolah, termasuk luar bandar dan pedalaman.

Tan Sri Annuar Musa juga berkata mereka akan memilih enam sekolah sebagai percubaan sama ada rangkaian 5G sesuai atau tidak untuk ditubuhkan di sekolah. Sungguh pun begitu, K-KOMM masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan perancangan ini.

Rangkaian 5G itu juga boleh memanfaatkan penempatan di sekitar sekolah. Untuk membina rangkaian ini, K-KOMM perlu dapatkan kerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) bagi memasang penyambungan gentian optik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version