Site icon TechNave BM

Anonymous Malaysia dakwa sudah godam beberapa laman web kerajaan termasuk Kastam, CIDB

Semalam, kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia mendakwa telah menggodam beberapa laman web kerajaan sebagai amaran untuk kerajaan memperketatkan sekuriti siber. Antara laman web kerajaan yang didakwa sudah digodam adalah laman web kerajaan Sabah, CIDB, kerajaan Perak dan pihak Kastam Malaysia.

Menurut siaran Anonymous Malaysia di laman Facebook, kumpulan di bawah naungan mereka yang bernama Cyberpunk Team sudah mula menggodam laman web tersebut di bawah operasi #OpsWakeUp21. Terdahulu, kumpulan penggodam ini telah memuat naik video, memberi amaran kepada kerajaan Malaysia untuk memperketatkan sekuriti siber.

Kami tidak pasti sama ada dakwaan laman web telah digodam oleh mereka adalah benar memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat dilihan. Namun menurut Says, laman web yang digodam telah dibaik pulih sepenuhnya. Melihat kepada sejarah aktiviti mereka, operasi menggodam yang dilakukan hanya sebagai amaran bahawa sistem sekuriti negara boleh diceroboh oleh orang luar.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Anonymous Malaysia

Exit mobile version