Site icon TechNave BM

Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara ini. Beliau berkata walaupun kementerian menerima beberapa cadangan berhubung perkara itu, ia perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kos yang perlu ditanggung rakyat jika ia diwajibkan.

Bagaimanapun, pihaknya menggalakkan pemasangan dashcam terutamanya untuk kenderaan yang baru keluar daripada kilang. Selain itu, Loke turut menggalakkan pengusaha bas memasang peranti ini bagi membolehkan rakaman digunakan sebagai bukti sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Tambahnya, terdapat 600,000 kemalangan jalan raya dengan lebih 6,500 kematian tahun lepas mengikut statistik. Daripada data yang diterima, kadar kematian ialah 15 hingga 17 setiap hari. Justeru, Loke berharap orang ramai dapat mengamalkan tabiat pemanduan yang lebih baik dan sentiasa berwaspada dan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version