Site icon TechNave BM

Anthropic perkenalkan Claude 3, dakwa atasi Google Gemini dan ChatGPT

Pencabar baharu telah muncul untuk bersaing dalam segmen AI dan chatbots. Anthropic, sebuah syarikat permulaan AI telah memperkenalkan siri Claude 3 iaitu tiga model bahasa besar (LLM) yang didakwa mengatasi Google Gemini dan OpenAI ChatGPT dalam pelbagai penanda aras.

Claude 3 datang dalam dalam tiga pilihan iaitu Haiku, Sonnet dan Opus dengan masing-masing menawarkan tahap keupayaan yang berbeza-beza. Claude 3 memberikan prestasi luar biasa merentas pelbagai dimensi seperti multimodaliti, ketepatan yang dipertingkatkan, pemahaman konteks yang dipertingkatkan dan masa tindak balas yang lebih pantas.

Untuk pengetahuan, versi Claude terdahulu kadangkala mengelak daripada soalan yang dianggap berisiko tetapi tidak pada Claude 3. Opus merupakan pilihan yang tertinggi dan didakwa menunjukkan “tahap kefahaman hampir-manusia” untuk tugasan yang kompleks. Haiku pula menyampaikan respons pantas dan mengekstrak maklumat daripada data tidak berstruktur.

Terakhir, Sonnet merupakan model berskala lebih besar bertujuan untuk membantu pengguna dengan tugas biasa seperti menghuraikan teks daripada imej. Pada masa ini, Sonnet dan Opus tersedia untuk pembelian manakala versi percuma Claude kekal boleh diakses di tapak web Anthropic. Tarikh pelancaran Haiku masih tidak diumumkan tetapi ia akan datang tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tech Radar

Exit mobile version