Site icon TechNave BM

AnTuTu: 10 cipset Android terbaik setakat pertengahan tahun 2020

Terdahulu, platform penanda aras AnTuTu telah mengeluarkan senarai 10 peranti flagship dan kelas pertengahan Android paling berkuasa bulan Jun 2020. AnTuTu kini mengeluarkan senarai 10 cipset terbaik setakat pertengahan tahun 2020.

Senarai ini dimuat naik oleh AnTuTu sendiri melalui laman carian popular di China, Weibo. Oleh itu, kami menjangkakan senarai ini hanya berpandukan cipset yang hadir di pasaran China sahaja.

Mengungguli tangga teratas dalam senarai ini adalah semestinya cipset Snapdragon 865 dari Qualcomm, disusuli dengan cipset Dimensity 1000+ dari MediaTek.

AnTuTu turut menyatakan bahawa prestasi Dimensity 1000+ adalah mengagumkan memandangkan ia berada di tangga kedua selepas Snapdragon 865. Walaupun masih mempunyai jurang dengan Snapdragon 865, namun ia masih berjaya melepasi cipset 5G flagship yang lain.

Berikut adalah 10 cipset Android dengan prestasi terbaik berdasarkan senarai AnTuTu:

  1. Snapdragon 865 5G
  2. Dimensity 1000+
  3. Snapdragon 855+
  4. Snapdragon 855
  5. Kirin 990 5G
  6. Kirin 990
  7. Dimensity 1000L
  8. Kirin 980
  9. Kirin 985 5G
  10. Dimensity 820

Apakah pandangan anda berdasarkan senarai AnTuTu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia utnuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo melalui GSMArena

Exit mobile version