Site icon TechNave BM

AnTuTu tuduh realme memanipulasi markah, realme GT dibuang dari senarai

Sama ada benar atau tidak, ini bukan kali pertama AnTuTu mendakwa bahawa ada jenama yang memanipulasi markah dalam ujian penanda aras mereka. Terkini, AnTuTu mendakwa realme memanipulasi markah untuk realme GT. Semak penjelasan lanjut mengenai perkara ini seperti di bawah.

AnTuTu dilihat memuat naik siaran di laman Weibo dan mendakwa realme telah memanipulasi markah realme GT (dijana Snapdragon 888) dengan mata yang diperoleh sekitar 750,000. Menurut AnTuTu, mereka telah menjalankan ujian dengan lebih lanjut dan mendapati bahawa mata yang diperoleh bukanlah prestasi peranti realme GT yang sebenar.

Sebagai tambahan, pihak AnTuTu turut memadam realme GT dalam senarainya selama tiga bulan. AnTuTu sudah memohon agar realme menjelaskan perkara ini dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan, jika tidak realme GT tidak akan disenaraikan kembali di dalam carta.

Untuk pengetahuan anda, markah sebenar realme GT didakwa adalah 688,602, tetapi realme menyatakan bahawa markah tersebut adalah untuk peranti prototaip sahaja. AnTuTu tidak menerimanya kerana ujian tidak dijalankan secara dalam talian. Menurut pandangan kami, mungkin juga realme sekadar menggunakan mod tertentu yang mengoptimumkan prestasi peranti.

Gambar dari majlis pelancaran realme GT

Anda boleh membaca siaran penuh di laman Weibo sendiri (pastikan anda memasang perisian tambahan Google Translate di pelayar kerana laman Weibo adalah laman dalam bahasa Mandarin). Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version