Site icon TechNave BM

Anugerah TikTok Malaysia yang pertama diperkasakan oleh siri HONOR 90 5G

HONOR Malaysia telah dipilih sebagai rakan rasmi bagi Anugerah TikTok Malaysia untuk meraikan bakat dan inovasi komuniti TikTok Malaysia dalam kreativiti digital. Dengan itu, acara ini turut membawa HONOR 90 yang menampilkan cipset Snapdragon 7 Gen 1 dan skrin OLED 6.7 inci. Ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 66W dan kamera utama 200MP.

Pencalonan akan bermula 15 Ogos hingga 26 Ogos dan pencipta kandungan akan bersaing menunjukkan bakat untuk merebut anugerah bagi 14 kategori yang akan dipertandingkan. Pada majlis ini, HONOR Malaysia akan tampil menyerahkan anugerah “Pencipta Kandungan Terbaik Tahun 2023” yang akan menyerlahkan jenama HONOR.

HONOR 90 disediakan dalam empat pilihan warna iaitu perak, hijau dan biru yang boleh didapati dalam varian 12/256GB pada RM1,799 dan 12/512GB berharga RM2,099. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version