Site icon TechNave BM

Apex Legends akan datang ke Nintendo Switch bersama ciri cross play PC/PS4/Xbox

Pada bulan April yang lepas, Respawn Entertainment menyatakan bahawa mereka perasan atas permintaan game Apex Legends untuk Nintendo Switch dan ketua penerbit game tersebut, Drew McCoy menyatakan pasukan mereka sangat berminat untuk membawakan game ini ke platform hibrid itu.

Hari ini, ketika di acara EA Play Live, ia telah menjadi satu kenyataan. Game Apex Legends kini secara rasmi akan tiba di Nintendo Switch musim luruh ini. Respawn Entertainment juga menyatakan bahawa ciri cross-play gaming untuk Apex Legends sedang diusahakan dan akan dimaklumkan tarikh pelancarannya dalam bulan yang menyusul.

Bagaimana dengan pengumuman yang menarik dari pihak Apex Legends ini? Pastinya lebih mudah untuk bermain bersama kawan bila ciri cross-play ini dilancarkan. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Sumber: nintendolife

Exit mobile version