Site icon TechNave BM

Apex Legends Mobile diumum, boleh dimainkan bermula bulan ini

Seperti Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG), Apex Legends merupakan salah satu game dalam genre battle-royale yang paling mendapat sambutan dalam PC dan konsol gaming. Kini para peminat Apex Legends boleh memainkan game kegemaran mereka dalam telefon pintar dengan Apex Legends Mobile yang baru sahaja diumumkan pada hari ini.

Menurut pengarah game tersebut, Chad Grenier, Apex Legends Mobile akan menawarkan pengalaman battle-royale dalam skrin sentuh untuk peranti mudah alih yang mengekalkan ciri-ciri utama dalam Apex Legends asal.

Beliau turut mengatakan beberapa ribu pemain terpilih di India dan Filipina akan mula memainkan Apex Legends Mobile pada bulan ini. Para pembina game tersebut merancang untuk melancarkannya buat lebih ramai pemain di seluruh dunia sepanjang tahun ini.

Pastinya Apex Legends Mobile bakal menjadi pesaing yang hebat terhadap satu lagi game battle-royale mudah alih popular iaitu PUBG Mobile. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untu mencuba Apex Legends dalam telefon anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: EA

Exit mobile version