Site icon TechNave BM

Apex Legends Mobile kini tersedia untuk dimuat turun pada iOS dan Android

Selepas dibuka untuk pra-daftar di Malaysia pada bulan Mac lepas, Apex Legends Mobile akhirnya telah dilancarkan untuk orang ramai. Game mudah alih tersebut kini boleh dimuat turun dan dimainkan di Apple App Store serta Google Play Store.

Apex Legends sangat popular dan diminati ramai terutamanya bagi mereka yang memiliki game original. Game ini menggunakan butang pada skrin, jadi pemain Apex Legends perlu membiasakan diri dengan kawalan terlebih dahulu yang berlainan daripada PC ataupun konsol.

Selain itu, anda mungkin memerlukan peranti yang dapat menampung grafik game untuk prestasi yang lebih lancar ketika bermain game. Dengan cara lain, anda juga boleh mengurangkan tetapan grafik mengikut spesifikasi peranti anda.

Pastikan juga peranti anda mempunyai storan yang mencukupi. Bagi Android, fail muat turun permainan adalah sekitar 3GB atau lebih untuk ruang dimuat turun manakala iOSmemerlukan sekitar 3.5GB.

Adakah anda salah seorang peminat Apex Legends Mobile? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version