Site icon TechNave BM

Aplikasi airasia Super kini benarkan pengguna tempah tiket untuk bas, kereta api dan feri

Aplikasi airasia Super mengumumkan perkembangan aplikasinya dengan membolehkan pengguna menempah tiket bas, kereta api dan feri melalui pengangkutan airasia. 

Dalam kenyataan akhbar, airasia Super mengumumkan bahawa pengangkutan airasia kini boleh didapati di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Dikuasakan oleh 12Go yang merupakan salah satu OTA (ejen pengangkutan dalam talian) pengangkutan darat terbesar di Asia, pengangkutan airasia kini mempunyai lebih 4,000 pengendali pengangkutan di seluruh Asean dalam platform tersebut.

Untuk meraikan pelancaran, airasia Super App menawarkan 20 kali mata airasia untuk setiap transaksi pertama pengguna di pengangkutan airasia. Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat tempahan:

  1. Klik pada ikon ‘Pengangkutan’ pada aplikasi airasia Super
  2. Pilih laluan anda
  3. Pilih pengangkutan yang anda inginkan
  4. Sahkan tempahan anda

Ketahui lebih lanjut mengenai pengangkutan airasia dan perkhidmatan dan promosi lain yang terdapat di airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Apple App StoreGoogle Play Store atau HUAWEI AppGallery.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: airasia

Exit mobile version