Site icon TechNave BM

Aplikasi Barcode Scanner ini sebar serangan perisian hasad ke berjuta pengguna Android

Barcode and QR-code scanning phones. Vector illustration.

Di musim pandemik ini, aplikasi MySejahtera kerap digunakan di telefon pintar memandangkan ciri pengimbas kod bar diperlukan untuk mendaftar di lokasi yang dilawat. Namun, jika anda memiliki aplikasi pengimbas kod bar yang bernama Barcode Scanner, anda mungkin ingin memadamnya sekarang.

Menurut sumber, beberapa akaun di Malwarebytes mengalami gangguan iklan secara tiba-tiba di pelayar web mereka bermula pada Disember yang lalu. Kebanyakan akaun yang mengalami masalah ini tidak memuat turun mana-mana aplikasi baru di peranti mereka selain aplikasi Barcode Scanner. Malwarebytes telah menyiasat perkara ini dan menemui perisian hasad yang kini telah dibuang dari Google Play Store.

Pada mulanya, tujuan Barcode Scanner adalah untuk mengimbas kod bar dan kod QR. Kemas kini baharu pada aplikasi tersebut telah menyebarkan serangan perisian hasad kepada berjuta pengguna Android yang mempunyai aplikasi ini. Pemadaman aplikasi ini di peranti walau bagaimanapun tidak akan membuang perisian hasad jika peranti anda telah dijangkitinya. Anda perlu memuat turun aplikasi pengimbas perisian hasad.

Seperti yang dinyatakan pada awal artikel, aplikasi ini telah dipadam di Google Play Store. Anda perlu memadamnya jika peranti anda masih mempunyai aplikasi ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Malwarebytes

Exit mobile version