Site icon TechNave BM

Aplikasi cari jodoh ‘lebih halal’ Joompa kini tersedia di Malaysia, yuran bermula RM94.90

Sebenarnya, aplikasi mencari pasangan telah lama bertapak di Malaysia. Namun, beberapa aplikasi sebegini telah terpalit dengan beberapa imej negatif. Sebuah aplikasi mencari pasangan yang lebih mesra Muslim kini tersedia untuk dimuat turun di Malaysia.

Aplikasi Joompa ini diitubuhkan oleh Anissa Hasan, pencari jodoh di Singapura. Nama aplikasi ini adalah berasal dari perkataan bahasa Melayu ‘jumpa’. Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri yang lebih meyakinkan untuk mencari pasangan di alam maya.

Terdapat meter kesesuaian untuk mengukur tahap kesesuaian anda dan bakal pasangan anda. Untuk mewujudkan ekosistem aplikasi yang selamat, pengguna juga perlu menjawa beberapa soalan mengenai perkahwinan dan mengesahkan maklumat diri.

Menurut sumber, anda boleh melanggan Joompa bermula dengan harga RM94.90 sebulan, RM154.90 untuk tiga bulan dan Premium Membership Plan berharga RM244.90. Nilai harga ini pastinya selari dengan kelebihan ciri menarik yang ditawarkan.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini sama ada melalui Google Play Store atau Apple App Store. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: lowyat.net

Exit mobile version