Site icon TechNave BM

Aplikasi ChatGPT akan dilancar untuk platform Android pada hujung Julai 2023

Pada bulan Mei lalu, aplikasi kecerdasan buatan (AI) ChatGPT telah dilancar untuk sistem operasi iOS bagi memudahkan para pengguna iPhone untuk mengakses perkhidmatan AI tersebut. Kini pembinanya, OpenAI, mengesahkan bahawa aplikasi tersebut akan dilancar untuk para pengguna Android pada minggu terakhir Julai 2023.

OpenAI mengesahkan perkara tersebut dalam Twitter, namun mereka tidak memperincikan tarikh pelancarannya untuk platform Android. Buat mereka yang tidak sabar untuk menggunakannya, para pengguna Android boleh membuat pra-pendaftaran dalam Google Play Store dan akan mendapat akses awal sebaik sahaja ia dilancar secara rasmi.

Tidak seperti aplikasi ChatGPT dalam iOS, versi Android mungkin boleh digunakan di luar Amerika Syarikat kerana pra-tempahan untuknya boleh dibuat di Malaysia. Sungguh pun begitu, ini bukanlah satu pengesahan sama ada ia boleh digunakan di sini.

Adakah anda berminat untuk menggunakan ChatGPT dalam Android? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version