Site icon TechNave BM

Aplikasi ChatGPT Android tidak ditawarkan untuk pengguna di Malaysia pada waktu pelancarannya

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa aplikasi kecerdasan buatan (AI) ChatGPT akan diperkenalkan untuk platform Android pada hujung bulan ini. Sungguh pun begitu, para pengguna Android di Malaysia tidak boleh memuat turun aplikasi ini pada waktu tersebut.

Dalam sebuah ciapan oleh pembinanya, OpenAI, mereka menjelaskan bahawa aplikasi ChatGPT untuk Android hanya akan ditawarkan di empat negara pada waktu pelancarannya iaitu Bangladesh, Brazil, India dan Amerika Syarikat.

Mereka turut berkata bahawa sokongan untuk lebih banyak negara akan diperkenalkan dalam waktu terdekat. Sungguh pun begitu, para pengguna di Malaysia masih boleh membuat pra-pendaftaran untuk aplikasi ChatGPT Android dalam Google Play Store, namun anda mungkin perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkannya.

Buat mereka yang tidak mengetahui, ChatGPT adalah sebuah perkhidmatan AI yang boleh menjawab sebarang soalan anda dengan memberi idea atau jawapan yang agak mendalam, hampir sama seperti jawapan yang diberikan oleh seorang manusia. Anda boleh cuba perkhidmatan ini di laman webnya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version