Site icon TechNave BM

Aplikasi ChatGPT untuk Android kini ditawarkan di Malaysia

Pada hujung bulan Julai lalu, OpenAI telah melancarkan aplikasi ChatGPT untuk para pengguna Android namun ia hanya ditawarkan di empat negara iaitu Bangladesh, India, Brazil dan Amerika Syarikat.

Kini, OpenAI mengumumkan bahawa aplikasi itu akan mula ditawarkan dalam Google Play Store untuk lebih banyak negara termasuk Malaysia. Menurut sebuah kenyataan dalam laman webnya, aplikasi ChatGPT Android kini ditawarkan untuk lebih 100 negara di semua benua.

Buat mereka yang tidak mengetahui, ChatGPT adalah sebuah perkhidmatan AI yang boleh menjawab sebarang soalan anda dengan memberi idea atau jawapan yang agak mendalam, hampir sama seperti jawapan yang diberikan oleh seorang manusia. Anda boleh cuba perkhidmatan ini di laman webnya.

Untuk para pengguna iOS, aplikasi ChatGPT telah pun ditawarkan di pelbagai negara sejak Mei lalu.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan memuat turun aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OpenAI

Exit mobile version