Site icon TechNave BM

Aplikasi dari Neelofa: TheNoor bakal hadir dengan ciri waktu solat, kiblat, bacaan al-Quran

Selebriti dan usahawan terkenal tanah air, Neelofa dahulunya telah memberi petunjuk tentang TheNoor yang bakal hadir. Selebriti tersebut kini tampil dengan acahan beberapa fungsi dalam aplikasi TheNoor, sekaligus memberi harapan kepada rakyat di Malaysia sebagai pengganti kepada aplikasi Muslim Pro yang baru-baru ini telah hadir dengan kontroversi.

Aplikasi TheNoor dilihat bakal hadir secara percuma melalui muat turun di telefon anda. Antara ciri yang terlihat pada aplikasi ini adalah notifikasi dan paparan waktu solat, panduan arah kiblat, bacaan al-Quran dan terjemahannya. Lebih menarik, terjemahan al-Quran dalam aplikasi ini boleh dipilih berdasarkan bahasa pilihan pengguna; bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin dan Indonesia.

Anda boleh melihat kemas kini maklumat mengenai aplikasi The Noor di pautan Instagramnya. Apakah pendapat anda mengenai aplikasi yang bakal hadir ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Neelofa

Exit mobile version