Site icon TechNave BM

Apple lancarkan aplikasi Freeform: Kandungan visual untuk kreativiti dan perkongsian

Bagi pengguna iPhone, iPad dan Mac, anda kini boleh mengemas kini peranti anda kepada iOS 16.2, iPadOS 16.2 atau macOS Ventura 13.1 mulai hari ini untuk mendapat aplikasi baharu iaitu Freeform.

Aplikasi Freeform membantu pengguna menyusun kandungan secara visual pada kanvas yang fleksibel. Ia membolehkan anda untuk berkongsi dan bekerjasama semuanya di satu tempat tanpa perlu risau tentang reka latar atau saiz halaman. 

Pengguna boleh menambah pelbagai jenis fail dan pratonton fail sebaris tanpa meninggalkan papan. Freeform menjadikan kerja anda lebih mudah jika dibandingkan dengan aplikasi Notes untuk bekerja dalam kanvas yang sama. Ia juga boleh dilakukan melalui panggilan FaceTime dan boleh disimpan dalam iCloud

Di bawah merupakan beberapa contoh bagaimana Freeform membantu pengguna:

Adakah anda telah mengemas kini peranti Apple anda? Kongsi pengalaman anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Apple Newsroom

Exit mobile version