Site icon TechNave BM

Aplikasi Grab mengalami masalah sejak pagi

Jika anda tidak boleh menempah pemandu atau memesan makanan dalam aplikasi Grab pada hari ini, anda bukan keseorangan. Grab Malaysia menjelaskan bahawa mereka mengalami gangguan perkhidmatan sejak pagi ini (16 November) dan pengguna melaporkan bahawa mereka mengalami pelbagai masalah dengan aplikasi tersebut.

Dalam sebuah ciapan, Grab Malaysia menjelaskan bahawa mereka sedang berusaha untuk mengembalikan perkhidmatan mereka seperti biasa. Pengguna telah melaporkan pelbagai isu seperti makanan yang tidak dapat dihantar, tidak dapat menempah pemandu dan peningkatan harga yang melampau.

Kami akan mengemas kini artikel ini sebaik sahaja ia kembali pulih. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version