Site icon TechNave BM

Aplikasi IKEA sokong ciri LiDAR, imbas dan bina replika ruangan rumah secara 3D

Daripada siri iPhone 12 Pro kepada siri 13 Pro dan iPad Pro terbaharu, Apple telah menambah pengimbas khas yang dipanggil LiDAR pada modul kamera dengan menggunakan cahaya untuk mengesan dan menilai jarak.


IKEA baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah menambah fungsi IKEA Kreativ yang membawakan fungsi virtualisasi ruang yang lebih tepat dan mudah untuk peranti LiDAR. Ia membolehkan pengguna mereka bentuk kediaman dalam ruang digital malah boleh memadamkan dekorasi yang sedia ada di dalam aplikasi tersebut dengan hanya satu klik.


Hal ini membolehkan pengguna untuk meletakkan perabot IKEA yang mereka inginkan dalam aplikasi virtual tersebut bagi melihat rupa ruangan rumah sebelum membeli sesebuah perabot. Walau bagaimanapun, jika peranti anda tiada fungsi LiDAR, versi web boleh menggunakan fungsi IKEA Kreativ tetapi proses memayakan ruang akan sama seperti aplikasi IKEA Place.


Anda perlu mengambil foto sudut lebar secara manual dan aplikasi akan membina dan mengira dimensi secara automatik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Engadget

Exit mobile version