Site icon TechNave BM

Aplikasi Maybank2U, ATM Maybank dan servis lain tidak akan beroperasi buat sementara waktu pada 19 Jun ini!

Ini adalah pengumuman servis awam. Semalam, Maybank mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan penyelenggaraan perkhidmatan pada 19 Jun ini. Semua mesin ATM Maybank, terminal layan diri, Maybank2U dan service bank mudah alih tidak akan beroperasi pada tempoh yang tertentu.

Mengikut pautan di halaman rasmi Facebook mereka, mesin ATM Maybank dan terminal layan diri akan hanya beroperasi bermula 10 pagi hari tersebut dan bukannya pada 6 pagi, manakala Maybank2U dan servis bank mudah alih tidak akan beroperasi dari 3.30 pagi sehingga 10 pagi hari.

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh menghubungi mereka di halaman Facebook Maybank. Anda juga boleh mengubungi Maybank Group Customer Care pada nombor 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-784-3606 (luar negara).

Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version