Site icon TechNave BM

Aplikasi Microsoft Office direka untuk iOS, kini lebih pantas dan mudah digunakan

Jika anda seorang pengguna iPhone atau iPad yang menginginkan aplikasi Microsoft Office pada telefon pintar, ini mungkin berita baik untuk anda. Menurut Windows Central, Microsoft telah mengubah terlebih dahulu Excel, PowerPoint dan Word untuk iOS.

Pada asasnya, Microsoft telah menjadikan aplikasi kelihatan lebih baik dan berfungsi lebih cepat. Pengguna kini perlu mencuba aplikasi baru ini kerana reka bentuk yang kelihatan sama seperti program pada desktop. Reka bentuk semula aplikasi Office yang popular ini adalah langkah seterusnya dalam usaha Microsoft pada peranti mudah alih.

Oleh itu, jika anda mempunyai fail yang disimpan pada storan iCloud, anda boleh membuka dokumen walaupun berada jauh dari komputer anda. Bagi mereka yang perlukan Microsoft Office di iOS, aplikasi ini sangat berguna untuk anda.

Selain itu beberapa aplikasi Microsoft pada iOS dan Android mempunyai ikon baru dan menerima mod gelap (dark mode) sejak beberapa bulan lalu.

Berapa ramai yang akan menggunakan aplikasi produktiviti seperti Microsoft Office ini pada telefon bimbit? Beritahu kami pendapat anda di laman Facebook dan nantikan berita teknologi seterusnya di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version