Site icon TechNave BM

Aplikasi Microsoft WordPad akan dibuang daripada komputer Windows secara automatik

Jika anda kerap menggunakan perisian Microsoft WordPad untuk menulis dokumen dalam komputer Windows, anda tidak boleh lagi menggunakannya pada masa hadapan. Windows mengumumkan bahawa mereka akan membuang perisian WordPad daripada semua komputer Windows dengan kemas kini akan datang.

Bagi menggantikan WordPad untuk tujuan penaipan dokumen, Windows menggalakkan perisian seperti Microsoft Word yang mempunyai lebih banyak fungsi lengkap. Jika anda ingin menulis teks yang lebih ringkas, perisian Notepad masih disediakan dalam komputer Windows.

Antara muka untuk WordPad

Windows juga akan menyediakan beberapa fungsi baharu dalam Notepad, seperti auto-simpan (autosave) dan pengenalan tab. Untuk WordPad pula, Windows tidak menyediakan sebarang kemas kini untuknya sejak Windows 8 dan nampaknya ia akan dibuang terus dalam kemas kini Windows yang seterusnya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Windows

Exit mobile version