Site icon TechNave BM

Aplikasi MySejahtera kini buka pendaftaran untuk vaksin COVID-19

Sebelum ini, kerajaan sudah mengesahkan bahawa aplikasi MySejahtera akan diguna untuk membuat pendaftaran vaksinasi COVID-19 dan kini rakyat sudah pun boleh berbuat demikian bermula 23 Februari. Fungsi pendaftaran vaksin dalam MySejahtera pada mulanya diperkenalkan dalam sistem operasi iOS kemudiannya Android.

Untuk berbuat demikian, anda boleh buka aplikasi dan sentuh pada “COVID-19 Vaccination”, kemudian sahkan nama dan nombor kad pengenalan. Anda dinasihatkan untuk mengaktifkan pemberitahuan push notification agar anda akan dimaklumkan tentang giliran anda.

Antara muka aplikasi Mysejahtera untuk pemvaksinan COVID-19
Antara muka aplikasi Mysejahtera untuk pemvaksinan COVID-19 (Bahasa Inggeris)

Seperti yang telah dibentangkan dalam Buku Panduan Program Imunisasi Kebangsaan, pemberian vaksin akan dibuat dalam tiga fasa bermula Februari 2021 hinggalah Februari 2022. Kami telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang anda perlu tahu tentang vaksin COVID-19 dalam artikel ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version