Site icon TechNave BM

Aplikasi MySejahtera tambah ciri ‘Pelancong’ dan tempahan vaksin

Rakyat Malaysia pasti peka dengan perubahan atau penambahan ciri pada aplikasi Pelancong. Kini, aplikasi tersebut telah membawa dua lagi ciri iaitu kebolehan membuat tempahan vaksin dan penambahan modul ‘Pelancong’.

Jika anda klik pada modul ‘Pelancong’, anda akan melihat senarai rujukan dan butiran untuk ke dan dari luar negara. Manakala ciri ‘Tempahan Vaksin’ membolehkan pengguna melakukan tambahan dan mendapatkan tarikh vaksin terutamanya untuk kanak-kanak. 

Anda boleh membuat temu janji vaksin bagi mereka yang masih belum mendapatkan vaksin. Klik pada ‘Helpdesk’ dan pergi ke tetapan ‘Janji Temu Vaksinasi Penggalak’. Ciri ini digalakkan untuk membuat temu janji bagi kanak-kanak manakala orang dewasa pula boleh hadir mendapatkan vaksin tanpa temu janji.

Ciri ini hanya dilihat pada pengguna iPhone dan HUAWEI. Kami pasti ia akan mula ditawarkan pada pengguna Android tidak lama lagi.

Apakah ciri yang diinginkan untuk kemudahan anda? Kongsi pendapat anda diFacebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version