Site icon TechNave BM

Aplikasi panggilan video Google Meet kini boleh digunakan secara percuma!

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, semakin ramai orang bergantung kepada perisian atau aplikasi panggilan video untuk tujuan pekerjaan atau perhubungan sosial. Menyedari situasi ini, Google mengumumkan bahawa perisian Google Meet kini boleh digunakan secara percuma.

Sebelum ini, pengguna yang tidak melanggan kepada G Suite hanya boleh menyertai sesi Google Meet melalui sebuah kod jemputan dan tidak boleh menganjurkan panggilan mereka sendiri atau menghubungi orang lain. Kini, Google Meet terbuka untuk semua pengguna biasa, termasuk yang tidak melanggan kepada G Suite.

Akses percuma ini terbuka kepada semua orang yang mempunyai alamat emel Google dan mereka boleh memulakan panggilan video dengan sesiapa sahaja. Buat masa ini, satu panggilan hanya akan dihadkan kepada 60 minit sahaja namun kekangan itu akan hilang bermula 30 September.

Kini Google Meet menjadi sebuah alternatif yang mantap dan selamat kepada Zoom untuk menganjurkan panggilan video secara berkumpulan, terutamanya dengan isu “Zoombombing” yang kerap berlaku terhadap panggilan melalui perisian tersebut.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan Google Meet untuk panggilan video selepas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version