Site icon TechNave BM

Aplikasi penanda aras telefon pintar AnTuTu tiada lagi di Google Play Store

Aplikasi AnTuTu yang kerap digunakan untuk menilai mutu penggunaan telefon pintar kini tidak terdapat dalam Google Play Store. Sewaktu artikel ini ditulis, carian ‘AnTuTu’ dalam Play Store tidak menunjukkan aplikasi tersebut.

Play Store telah membuang semua tiga aplikasinya iaitu AnTuTu 3DBench, AnTuTu Benchmark dan AITuTu Benchmark. Langkah ini mungkin adalah sebahagian daripada pembuangan semua aplikasi yang dibina oleh Cheetah Mobile.

Ini adalah kerana AnTuTu dimiliki oleh Cheetah Mobile dan semua aplikasi yang dibina oleh syarikat itu ditarik keluar daripada Play Store pada bulan lepas kerana pelanggaran polisi yang kerap seperti dalam polisi pengiklanan.

Walaupun ia sudah tiada di Play Store, ia masih boleh dimuat turun sebagai fail APK di laman webnya. Kongsi pendapat anda berkenaan berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Ideal Mobile

Exit mobile version