Sony PlayStation 5 masih lagi menjadi antara peranti yang digilai ramai pada tahun ini dan stoknya masih lagi terhad di serata dunia. Walaupun begitu, sumber terbaru menunjukkan bahawa aplikasi Playstation di Google Play Store sudah dimuat turun lebih dari 100 juta kali.
Muat turun sebanyak 100 juta kali adalah pencapaian terbaru dari Sony kerana aplikasi ini hanya menyokong Playstation 4 dan 5 sahaja. Seperti yang anda jangkakan, sebahagian besar dari 100 juta ini adalah dari pengguna Playstation 4. Sony dilihat telah menawarkan lebih banyak promosi berkenaan PlayStation 4 setelah PlayStation 5 dilancarkan.
Aplikasi Playstation ini juga boleh didapati di App Store untuk pengguna iOS. Namun begitu, tiada informasi mengenai jumlah muat turun yang telah dilakukan.
Adakah anda salah satu dari pengguna aplikasi PlayStation? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

