Shell Malaysia telah melancarkan aplikasi mudah alih hari ini yang direka untuk menaik taraf pengalaman mengisi minyak di Shell dengan membolehkan pembayaran yang lebih selesa dari dalam kereta dan dilengkapi sistem pengesahan keselamatan 3-D Secure.
Shell App merupakan aplikasi pembayaran minyak yang pertama di negara dengan perlindungan keselamatan tambahan sebagai jaminan kepada pengguna untuk pengalaman yang lebih selesa dan bebas daripada ancaman penipuan siber.
Tambahan, pengguna kini boleh menebus bahan api atau makanan kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App. Menerusi integrasi BonusLink di dalam Shell App, pengguna kini boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga dan tebus ganjaran eksklusif dari Shell.
Pengguna Shell App juga boleh memantau setiap perbelanjaan dan mata BonusLink yang terkumpul dalam aplikasi ini. Shell App turut dilengkapi dengan kelebihan untuk meninjau lokasi stesen-stesen Shell berdekatan serta fasiliti dan kemudahan yang tersedia seperti surau, ATM, kafe atau pusat cuci kereta untuk kemudahan pengguna.
Shell App kini boleh digunakan di 650 stesen minyak Shell dan aplikasi lengkap ini dijangka tersedia di seluruh negara menjelang akhir tahun 2023. Muat turun Shell App di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Shell Malaysia.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

