fbpx
More

    Aplikasi Sugarbook: “Sugar baby” paling ramai di Malaysia terdiri daripada pelajar

    Di negara Malaysia, penggunaan aplikasi dating untuk mencari jodoh adalah diterima masyarakat, namun penggunaan aplikasi dating untuk temu janji di antara sugar daddy dan sugar baby masih lagi janggal. Walaupun begitu, aplikasi sebegini seperti Sugarbook menemui peningkatan terhadap pendaftaran akaun oleh sugar baby di Malaysia sepanjang musim PKP.

    Menurut Sugarbook, kebanyakan pengguna di Malaysia yang mendaftar sebagai sugar baby di aplikasinya didominasi oleh pelajar, disusuli dengan usahawan, jururawat, guru dan peguam yang menjumlahkan lima majoriti teratas. Pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model bebas dan ahli farmasi melengkapkan senarai antara 10 pekerjaan sugar baby di Malaysia.

    Anda juga boleh melihat tinjauan dari aplikasi Sugarbook yang menyenaraikan pekerjaan sugar daddy di Malaysia yang didominasi oleh golongan usahawan. Menurut Sugarbook, purata elaun sugar baby melalui aplikasinya adalah RM2,500, manakala purata pendapatan sugar daddy adalah RM150,000.

    Anda boleh menyemak berita lepas mengenai Malaysia sebagai negara ke-3 di Asia paling ramai sugar daddy, berjumlah 42,500.

    Apakah pandangan anda mengenai dapatan yang diperoleh dari aplikasi Sugarbook? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anda kini boleh tukar iPhone lama anda dalam talian dengan kredit sehingga RM3,900

    Akhirnya, Apple membenarkan pertukaran iPhone lama oleh pelanggan kepada yang baru. Pada mulanya, ia hanya terdapat di negara luar dan kini, program...

    Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition dilancar berharga ~RM4,252

    Nubia telah melancarkan telefon pintar Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition di China selepas mendedahkan imej promosi pada beberapa hari yang...

    Dyson Airstrait kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,599

    Dyson memperkenalkan Dyson Airstrait, alat penggayaan rambut revolusioner yang menawarkan pelurus basah ke kering menggunakan udara, menghapuskan keperluan untuk plat panas dan...

    Siri HUAWEI P70 mungkin dilancar pada 2 April 2024

    HUAWEI bersedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI P70 pada 2 April 2024, seperti yang ditunjukkan oleh tangkapan skrin yang tersebar di Weibo. Kebocoran...

    Siri vivo V30 5G dedahkan rahsia kesempurnaan potret dengan kelebihan Zeiss

    Dengan bangga, vivo Malaysia mempersembahkan siri vivo V30 5G yang begitu dinantikan di negara kita. Penuhi keperluan teknologi anda dengan peranti yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X