Site icon TechNave BM

Aplikasi Taobao Malaysia kini boleh digunakan dalam Bahasa Melayu

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, perkhidmatan e-dagang Taobao kini menawarkan antara muka (UI) dalam Bahasa Melayu, dalam usahanya untuk meluaskan perkhidmatannya kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Ia juga dilancarkan sewaktu jualan pertengahan tahun 618 Mid-Year Sale bagi memudahkan lebih ramai orang membeli-belah.

Ini merupakan bahasa UI terbaharu untuk Taobao Malaysia, selepas Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Ia turut menawarkan beberapa fungsi baharu seperti Image Search, di mana pengguna boleh mencari sebarang produk dengan memuat naik gambar ke Taobao. Mereka juga menawarkan Coins Cashback dan New User Deals untuk harga serendah RMB1 (~RM0.62).

Taobao Malaysia juga ingin menyokong perusahaan tempatan. Sebelum ini, mereka menganjurkan pelbagai program seperti LiveNOW, sebuah inisiatif latihan yang disiarkan secara langsung dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri dan institusi pendidikan. Sejak pelancarannya, inisiatif ini telah melatih lebih 500 pengacara langsung (livestreamers) dan pengusaha digital, kebanyakannya dari masyarakat berpendapatan rendah.

Sebagai sebahagian daripada sambutan 618, Taobao Malaysia akan menawarkan pelbagai promosi bermula 28 Mei sehingga 20 Jun pukul 11:29 malam, seperti:

Aplikasi Taobao boleh dimuat turun secara percuma dari Apple App Store dan Google Play. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan UI Bahasa Melayu dalam Taobao dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version