Site icon TechNave BM

Aplikasi TheNoor dari Neelofa akan perkenal fungsi mencari masjid berdekatan

Neelofa sebelum ini dilapor akan mengeluarkan sebuah aplikasi Islamik bernama TheNoor yang menawarkan pelbagai fungsi keagamaan seperti mencari kiblat, membaca Al-Quran dan mendapatkan waktu solat. Kini, TheNoor turut mengatakan bahawa aplikasi tersebut akan menawarkan fungsi pencarian masjid terdekat.

Setiap kali fungsi pencarian kiblat diaktifkan, aplikasi itu akan mengesan masjid atau surau berdekatan dan pengguna boleh pergi ke masjid tersebut dengan panduan oleh Google Maps atau Waze.

Aplikasi TheNoor diumumkan sewaktu aplikasi Islamik popular, Muslim Pro, didapati memperdagangkan data penggunanya kepada kerajaan Amerika Syarikat. Walaupun belum dilancar, TheNoor kini sudah pun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang Malaysia yang tidak lagi menggunakan Muslim Pro.

TheNoor mungkin akan dilancarkan sekitar Januari 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram

Exit mobile version