Site icon TechNave BM

Aplikasi WatchTube benarkan pengguna tonton YouTube melalui AppleWatch

Jika anda ingin sesuatu yang lebih mudah dibawa selain telefon pintar, kali ini anda boleh mempertimbangkan Apple Watch. Apple Watch mempunyai aplikasi WatchTube untuk menonton YouTube dan ia berfungsi dengan baik walaupun melalui aplikasi pihak ketiga.

Aplikasi ini boleh didapati di watchOS App Store dan boleh terus menonton video YouTube dari skrin kecil Apple Watch. Aplikasi WatchTube ini turut memaparkan video saranan di halaman utamanya seperti YouTube.

Terdapat empat bahagian pada aplikasi itu iaitu Laman Utama (Home), Carian (Search), Perpustakaan (Library) dan Tetapan (Settings). Ia juga akan menambah ciri mod ‘audio sahaja’ dalam masa terdekat yang membolehkan anda menstrim video dan mendengar menggunakan fon kepala walaupun skrin dimatikan.

Namun begitu, keupayaan untuk log masuk ke akaun YouTube anda, menulis komen dan menyukai video pada aplikasi tidak disediakan. Anda juga terlepas daripada dijejaki Google mengenai sejarah carian di aplikasi.

Ia disediakan pada Apple Watch dengan watchOS 6 atau lebih baharu. Anda boleh memuat turun WatchTube secara percuma di App Store watchOS di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version