Site icon TechNave BM

Aplikasi WhatsApp pada Windows kini tidak memerlukan pautan daripada telefon

Baru-baru ini, WhatsApp mengeluarkan rupa baharu pada Windows yang tidak lagi memerlukan pengguna memautkan telefon mereka untuk menghantar, menerima dan menyegerakkan (sync) mesej. Anda boleh memuat turun versi baharu ini di Microsoft Store. 

Pengguna WhatsApp di Windows tidak perlu memuat turun aplikasi berasaskan web platform pada desktop atau melalui pelayar (browsers) web mereka. Aplikasi WhatsApp dari Windows kali ini memberikan pengalaman yang lebih lancar dan responsif.

Menurut laman web rasmi WhatsApp, kelebihan aplikasi kali ini termasuk peningkatan kelajuan, keupayaan untuk menghantar mesej dan menerima pemberitahuan walaupun telefon pengguna berada di luar talian.

Selain itu, ia membawa rupa aplikasi yang lebih halus dan dioptimumkan untuk OS walaupun reka bentuk keseluruhannya kelihatan serupa. WhatsApp juga mengumumkan bahawa aplikasi desktop melalui Windows ini sedang dalam pembangunan untuk macOS Apple. Oleh itu, bagi mereka yang berminat boleh memuat turun program beta untuk Mac di pautan ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version