Site icon TechNave BM

Aplikasi YouTube Vanced bakal ditamatkan selepas terima amaran dari Google

Aplikasi tontonan video popular di kalangan pengguna telefon Android, YouTube Vanced, telah diarahkan oleh Google untuk operasinya dihentikan. Aplikasi tersebut bakal ditamatkan dalam masa beberapa hari lagi dan kemas kini untuknya juga tidak akan ditawarkan.

Untuk mereka yang tidak menggunakan aplikasi ini, YouTube Vanced adalah sebuah aplikasi pihak ketiga yang membenarkan pengguna untuk menonton video YouTube tanpa perlu menonton sebarang iklan. Dalam aplikasi rasmi YouTube, pengguna yang ingin melangkau iklan perlu membayar yuran langganan untuk mendapatkan perkhidmatan YouTube Premium.

Google telah menghantar surat pemberhentian (cease and desist) kepada pembangun aplikasi YouTube Vanced, di mana mereka perlu menamatkan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan produk YouTube.

Buat para pengguna yang sudah pun memasang YouTube Vanced dalam telefon Android mereka, aplikasi itu masih boleh digunakan namun ia tidak akan menerima sebarang kemas kini pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version